Assalamu'alaikum rakan-rakan fb IRM.

Islamic Relief Malaysia (IRM) akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka dan Sumbangan Aidil Fitri yang berkonsepkan ‘Charity Stall’ pada 8hb September 2012. Program ini bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim,warga emas dan orang kelainanupaya (OKU) dalam satu program hari raya bersama dengan sukarelawan dan para penderma IRM. Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput rakan2 FB IRM untuk beramal bersama kami di dalam majlis ini dengan menaja/menyediakan juadah makanan untuk 100-200 orang setiap stall. Konsep hidangan adalah berkonsepkan ‘Charity Stall’ yang mana pihak penaja/penyedia akan diberi satu stall (10’x10’) untuk menghidang secara ‘buffet’.Sehingga kini, kami masih memerlukan penaja/penyedia utk 6 ‘Charity Stall’. Bagi yang berminat, sila hubungi
Bro Fitri 019-637 9788 atau Bro Pipi 017-610 2767 selewat-lewatnya
5hb September 2012.

Kami juga menyediakan ruang untuk "pot luck" kepada sesiapa yang ingin menyumbang. Senarai cadangan untuk hidangan "pot luck" :-

1) Buah-buahan yang sudah siap dipotong untuk dihidangkan.
2) Kuih Raya
3) Makanan Tradisional
4) Lemang dan rendang
5) Nasi himpit dan kuah kacang
6) Kek dan roti
7) Pizza
8) Keropok dan kerepek
9) Dan lain-lain hidangan yang sesuai berkonsepkan Hari Raya.

Lokasi Acara:

Pejabat Islamic Relief Malaysia,
Paragon Point, Jalan Medan PB5,
Seksyen 9, Pusat Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Aturcara Majlis:

10:30am Ketibaan Jemputan
11:00am Ketibaan VIP
11:10am Ucapan Pengerusi Majlis
11:20am Bacaan doa
11:25am Ucapan Aluan
Ir. Haji Zairulshahfuddin bin Zainal Abidin
- Pengarah Negara Islamic Relief Malaysia

11:35am Ucapan Perasmian
YBhg. Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd Aziz
- Ahli Lembaga Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
- Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
- Timbalan YDP Persatuan Ulama’ Malaysia
- Pengerusi Yayasan Ihtimam Malaysia
- Setiausaha World Association for Al-Azhar Graduates Malaysia

11:45am Penyerahan Hamper Raya
12:15pm Penyerahan Cek oleh Hotel Equatorial Bangi
12:20pm Sidang Media & Jamuan
12:40pm Persembahan
- Muhibbain
- SevenEightSix
- Kumpulan Sahabat
- Deklamasi Sajak Kemanusiaan
- Badut Raya

12:20pm - 4:00pm Jamuan

Subject to change* External Event Url