Cuti sekolah telah bermula. Selain daripada sekeluarga makan angin ke tempat di luar kawasan kediaman kita, anak-anak kita juga banyak 'makan angin' di depan skrin gajet-gajet, melayari internet atau bermain permainan video.

Tahukah kita sejauh mana anak-anak kita 'mengembara' di alam maya yang tiada sempadan itu ?

Tahukah kita proses 'grooming' juga boleh berlaku dalam aplikasi WeChat ?

Tahukah kita di bawah batang hidung kita sendiri (secara literalnya anak duduk di pangkuan kita bermain telefon pintar kita), ia sedang berbual dengan orang asing, yang tidak kita ketahui niatnya dan asalnya ?

Tahukah kita apabila anak kita melayari laman web yang pelbagai, pada bila-bila masa _pop-up_ boleh muncul, sekali klik boleh membawa anak kita ke laman web lain yang tidak sepatutnya dia pergi ?

Kini gejala pornografi, secara sengaja atau tidak boleh diakses di hujung jari.
Facebook, WeChat...malahan internet itu sendiri telah menjadi “pisau yg tajam”, bermanfaat bila dipakai dgn elok....membunuh bila disalahguna.
Akibat Pornografi...maksiat berluasa, anak luar nikah, rogol sek bebas dsbnya.

Hadirin dijemput hadir pada :
*Sabtu, 24 Mac 2018, 9pagi, Masjid Al Falakh USJ 9*
Aturcara :
• Statistik & Akibat Pornografi.
• Kesan Ketagihan Pornografi.
• Langkah Melindungi Keluarga.
• Perbincangan & Pelan Tindakan

Sekian, terima kasih. External Event Url
Masjid Al-Falah USJ 9
USJ 9 Subang Jaya, Subang Jaya, , Malaysia