Unisel menjemput saya sebagai salah seorang ahli panel dalam forum yang membicarakan tentang keselamatan jalan raya.

Walaupun topik ini bukanlah topik yang biasa saya ulas, tetapi isu ini dekat dengan diri saya kerana saya sendiri dan ahli keluarga saya pernah kemalangan akibat kecuaian pemandu lain.

Alhamdulillah, dalam kedua-dua kes, tiada kecederaan yang serius. Tapi dalam banyak kes yang lain, bukan sahaja kecederaan tetapi kehilangan nyawa pun ada.

Jadi sekiranya program ini mampu menyelamatkan satu nyawa akibat kesedaran yang diraih hasil program ini, maka saya kira program ini telah berjaya.

Saya jemput anda untuk sama-sama jayakan niat murni ini.

Ada pelbagai aktiviti menarik seperti konvoi berkenderaan dan flashmob. Konvoi tersebut adalah daripada Kampus Bestari Jaya ke Kampus Shah Alam melibatkan 50 buah motorsikal, 4 buah bas, and 2 buah MPV. Anda dapat free topi keledar dan juga t-shirt. Anda juga boleh dapat button batch percuma, dan breakfast & lunch disediakan.

Program ini mendapat sokongan daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, PDRM, Bomba dan Penyelamat, dan Unit Keselamatan Unisel. Semua ni dibuat dengan niat ingin meningkatkan kesedaran masyarakat tentang betapa pentingnya untuk kita drive elok-elok.

PIC: Cik Hasanah (Kaunselor Unisel) 014-923 8994 External Event Url
UNISEL, Seksyen 7, Shah Alam
Jalan Zirkon Tambahan A 7/A, Shah Alam, , Malaysia